12 February, 2008

MULANYA DI SINI

Di sini tempat bermulanya kami
Di sini tercetusnya revolusi
Di sini kami mula mengenali
Di sini kami mula mengerti
Erti keindahan yang hakiki
Di Xtreme Team kami pasti


For her hard work and dedication, please give her, our dear Shaz a big round of applause. Without her help it would be impossible to bring back Xtreme Team to where it is today. We had our glory days, we sunk and now we are back to the surface.

Xtreme Team will be facing more challenging years, pebbly roads in order to build up and maintaining our name once again. But we believed with the help of other team members we would be able to succeed.


2008 akan membawa satu perubahan yang besar di dalam Xtreme Team. Satu masa dahulu nama Xtreme Team hampir-hampir terkubur. Ini semua terjadi kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan kami untuk bergerak aktif. Tapi, Insyaallah di bawah panji-panji naungan Shaz, Xtreme Team pasti akan melangkah lebih gah lagi.

Menyorot kembali sejarah penubuhan Xtreme Team (saya sekadar ingin mengimbas kembali cerita lama kami) XT-PTI mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2002. Cabaran pertama kami adalah untuk mengumpul dana bagi membeli keperluan perkhemahan. Sambutan tahun baru 2003 kami sambut dengn laungan “AIR! AIR! BURGER! BURGER! membuktikan kesungguhan kami dalam menubuhkan Xtreme Team. Dengan duit dari jualan minuman & makanan kami pada malam tahun baru menjadi titik tolak kejayaan kami.

Tugasan pertama kami adalah membawa 60 orang peserta ke Taman Negara Pahang – Lata Berkoh. Dari situ kami tidak lagi menoleh ke belakang. Airmata yang mengalir pada saat-saat akhir kerana masalah teknikal tidak melemahkan semangat kami tapi menjadikan kami semakin kuat. Masih saya ingat saya dan Shaz termenung menangis kerana masalah bas yang tidak dapat membawa peserta kami pada saat-saat akhir ekspedisi. Alhamdullillah, walaupun kami terlewat dari jadual asal, peserta sampai juga ke destinasi.

Antara Ekpedisi kami yang kami banggakan adalah ketika kami ke Endau Rompin Kg Peta. Peserta kami pula terdiri dari pelbagai kelompok. Dari yang bertaraf Partner, Regional Manager, Assistant Manager, Senior Engineer sehinggalah ke kerani biasa. Semua kami satukan di dalam satu kumpulan tanpa membezakan taraf pekerjaan mahupun pendidikan. Perjalanan yang cukup mencabar minda, ketahanan badan dan jati diri. Kami berjaya sampai ke Buaya Sangkut walaupun terpaksa pulang ke base camp dalam keadaan gelap, berlampukan cahaya bulan. Walaupun terpaksa menahan lapar di perut, keletihan badan dan pacat yang penuh di kaki. Dan itulah yang membina kekuatan diri kami.

Jika kami boleh berbangga kerana sampai ke Buaya Sangkut, ada rakan-rakan yang lebih bangga kerana berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Tahan. Ekpedisi Tahan yang diketuai oleh Mat Ucop dan Bro Chon Petronas telah melakar satu lagi sejarah buat kami di Xtreme Team. Kejayaan ini juga di akui oleh majalah terkenal LIBUR yang telah menerbitkan ringkasan catatan Bro Chon & semua peserta yang menyertai ekspedisi Gunung Tahan. Masih terbayang wajah Mat Ucop yang terpampang di halaman utama majalah LIBUR, tersenyum kepuasan kerana berjaya melakar kejayaan peribadi dan juga kejayaan buat Xtreme Team.

Dari timur kami ke utara pula. Ekpedisi ke Hutan Belum kami cukup meninggalkan kenangan bagi semua. Satu ekpedisi yang penuh dengan suspens dan aksi-aksi cemas dan juga melucukan. Dimana kumpulan kami telah di ambush oleh sekumpulan gajah, meredah hutan dengan perpandukan bulan, cacat sebesar ibu jari penuh di kaki, tangan, mulut dan juga badan. Kami hampir-hampir cemas apabila menyedari yang satu kumpulan telah tersasar jauh dari trek asal. Mujurlah ahli kumpulan tersebut membawa walkie talkie bersama jika tidak, kami tidak pasti apa yang akan terjadi pada mereka. Di penghujung ekspedisi kami di hiburkan dengan tarian sewang dan jamuan makan ubi kayu bakar & ikan dalam buluh yang di sediakan khas oleh orang asli di sana.

Tidak cukup dengan destinasi di Malaysia, Xtreme Team mengorak langkah memanjangkan jarak perjalanan kami ke Gunung Berapi Bromo di Indonesia. Pasukan yang diketuai oleh Tiger telah berjaya sampai ke Gunung Berapi Bromo. Dari sana mereka ke Surabaya dan seterusnya ke Bali. Perjalanan ini merupakan bench mark bagi kejayaan-kejayaan kami yang lain. Dan laluan ke Gunung Berapi Bromo kami lalui sebanyak dua kali. Kerana tertarik dengan keindahan bumi ciptaan Allah kami ke Bromo buat kali ke dua.

Berkayak di Sungai Nenggiri, Kelantan. Pasukan Xtreme Team kali ini di ketuai oleh Mat Usop & Tiger. Berkayak menyusur Sungai Nenggiri telah menguji minda peserta dan kami sendiri selaku pihak penganjur. Kepenatan menongkah dan melawan arus menjadi kenangan bagi setiap peserta yang turut serta.

Kami memanjangkan lagi cabaran kami dengan mencuba aktiviti 4X4. Kesempatan mengikuti aktiviti 4X4 ke Gua Musang bagi membantu menghulurkan bantuan makanan kepada kaum orang asli di Gua Musang. Meredah laluan 4x4 yang sukar di Ulu Slim Perak. Ini merupakan cabang baru yang cuba diterokai oleh Xtreme Team. Mungkin buat masa kini halangan kami adalah dari factor pengangkutan kerana hanya 2 orang dari committee kami yang mempunyai kenderaan pacuan 4 roda tapi ini tidak melemahkan semangat ingin mencuba kami. Siapa tahu di masa akan datang kami mampu menambahkan lagi bilangan kenderaan pacuan 4 roda kami.

Ini adalah di antara coretan dan paparan yang telah kami lalui. Inilah dunia kami. Perjalanan kami masih jauh. Masih banyak lagi ruang, tempat dan hutan untuk kami terokai. Misteri alam masih belum kami rungkaikan. Masih banyak yang kami perlu pelajari.

Sepanjang penubuhan Xtreme Team sudah hampir 50 lokasi yang kami singgahi. Setiap lokasi mempunyai kenangan dan misteri yang tersendiri. Xtreme Team juga merupakan tempat pertemuan Adam & Hawa yang seterusnya membawa ke gerbang perkahwinan. Di Xtreme Team kami menyaksikan segalanya, pertemuan & perpisahan.

Walaupun kini Hang Along sudah pergi meninggalkan kami untuk kembali kepada penciptaNYA. Namun perjuangan Hang Along tetap kami teruskan. Walaupun ada juga di antara kami sudah pun ‘berehat ‘ tapi doa kami yang ‘berehat’ panjang ini sentiasa mengiringi perjalanan Xtreme Team. Semoga kawan-kawan di Xtreme Team dapat meneruskan perjuangan ini dan jangan berhenti berkayoh.

Saya sendiri, yang sudah hampir 4 tahun berehat sentiasa memberi sokongan kepada yang masih gagah di Xtreme Team. Berehat bukan bererti berhenti buat selama-lamanya tapi masa yang masih tidak mengizinkan untuk saya kembali menggalas beg, mendaki bukit, menggerah keringat. Hanya masa yang akan menentukan.

Namun itu, sokongan semua amatlah kami alu-alukan. Seperti mana anda memberi sokongan kepada kami satu ketika dahulu maka sokonglah kami kini. Kerana tanpa sokongan semua kami tidak dapat berdiri seperti dahulu lagi. Marilah kita bersama-sama menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH swt selagi mata ini masih terbuka.



Salam takzim dari saya, Yeen Hashim mewakili seluruh warga Xtreme Team – PTI.